Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ru.si] | کروسي

Definisi : 1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ru.si] | کروسي

Definisi : 1 tempat duduk yg diberi berkaki serta tempat bersandar (kadang-kadang diberi tempat letak tangan juga): ~ malas kerusi yg dpt dianjurkan supaya menjadi panjang utk tempat berbaring dsb. 2 ki kedudukan atau jawatan (dlm mesyuarat, parlimen dll): Parti pembangkang telah mendapat lima buah ~ dlm pilihan raya itu. ~ anjal kerusi yg dpt melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika berlaku kecemasan. ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah (pesalah) menjalani hukuman mati. pengerusi 1 ketua dlm mesyuarat dll. 2 pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dll: ~ Lembaga Pengelola. mempengerusikan 1 mengendalikan atau menjadi ketua dlm mesyuarat dll: Timbalan Perdana Menteri telah ~ sidang mingguan kabinet. 2 mengetuai jawatankuasa, pertubuhan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerusi (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatan: kedudukan

2. Bersinonim dengan seliri: bangku, sofa, amben, balai,

3. Bersinonim dengan takhta: singgahsana

Kata Terbitan : mempengerusikan, pengerusi,

Puisi
 

Ambil kerusi dalam puan,
     Alun-alun tepi jeraya;
Sampai hati kakanda tuan,
     Dibuang lalu kepada saya.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bean-bag dental chairkerusi pergigian beg kekacangPergigianTiadaKerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya.
boatswain's chairkerusi serang/kerusi bosunKejuruteraanTiadaKerusi kayu pada sisi kapal yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan pekerja sewaktu penyelenggaraan dan pengecatan kapal.
deck-chairkerusi dekLandskapTiadaKerusi yang diperbuat daripada plastik atau kanvas dan tahan cuaca. Kerusi ini digunakan di atas dek untuk bersantai.
half-chair conformationkonformasi setengah kerusiKimiaTiadaKonformasi keadaan peralihan bagi sikloheksana, iaitu di antara bentuk kerusi dan bentuk perahu memilin, dengan terikan sudut dan terikan kilasan sekitar 11 kali lebih tinggi daripada bentuk kerusi.
ramptanjakanLandskapTiadaLaluan bercerun ya ng menyambungkan d ua paras permukaan yang berbeza untuk memudahkan pergerakan kerusi roda dan kerusi sorong.
empty chair techniqueteknik kerusi kosongPsikologiPsikologi UmumPendekatan dalam terapi Gestalt yang mengutamakan kesedaran mengenai perasaan klien. Dalam teknik ini, kerusi kosong diletakkan berdekatan dengan klien supaya dia dapat melahirkan perasaannya dengan membayangkan seseorang berada di atas kerusi tersebut yang akan mendengar segala rintihannya. Klien dalam terapi ini akan berasa lebih selamat kerana mencurahkan perasaan kepada individu dalam bayangannya yang tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepadanya.
ejection seatkerusi lentingAeroangkasaTiadaKerusi yang direka bentuk, khas untuk juruterbang bagi menyelamatkan diri dari pesawat ketika dalam kecemasan.,Reka bentuk struktur yang tegasannya pada setiap komponen sangat rendah sehingga kegagalan lesu tidak berlaku bagi hayat terjangka atau sekurang-kurangnya sehingga satu kala hayat dilalui.,Berat pesawat udara apabila semua bahan api boleh guna telah habis.,Kerusi yang direka bentuk, khas untuk juruterbang bagi menyelamatkan diri dari pesawat ketika dalam kecemasan.,Bahagian pertama usus kecil mamalia, yang terletak di antara pilorus (bahagian hujung bawah perut) dengan jejunum. Organ ini berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan. Jus pencernaan dari hempedu dan pankreas akan memasuki salur pencernaan melalui duktus yang berakhir di dalam organ ini. Apabila makanan masuk ke dalam organ ini, lapisan mukosanya mengeluarkan hormon yang merangsang pundi hempedu, pankreas dan ileum supaya menghasilkan jus pencernaan.
armchairkerusi berlenganKesenianTiadaKerusi yang mempunyai alas tangan.
couchkerusi rehatPentadbiran PerniagaanTiadaKerusi yang panjang untuk berbaring atau duduk oleh beberapa orang, kadang kala mempunyai tempat meletak kepala dan tangan.
setteekerusi setiPentadbiran PerniagaanTiada1. Kerusi atau bangku berpenyandar, biasanya untuk dua atau tiga orang.,2. Sofa saiz kecil atau sederhana.
12345678910...

Kembali ke atas