deep breathing exercises | senaman pernafasan dalam | Kejururawatan | Tiada | Latihan pernafasan yang dalam bagi mengelakkan infeksi paru-paru, yang digalakkan untuk kes-kes sebelum dan selepas pembedahan. |
community spread | perebakan komuniti | Kesihatan Awam | Tiada | Penyebaran penyakit berjangkit dalam satu komuniti yang tiada hubungan yang diketahui dengan individu yang dijangkiti atau baru mengembara ke satu kawasan yang mempunyai penyakit kes-kes yang didokumenkan. |
presumptive case | kes andaian | Kesihatan Awam | Tiada | Kes sesuatu virus baharu yang telah teruji melalui makmal tempatan atau komersial tetapi belum disahkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan. |
probable case | kes kemungkinan | Kesihatan Awam | Tiada | Seseorang yang menunjukkan tanda dan gejala klinikal dan mempunyai hubungan rapat dengan kes disahkan sesuatu penyakit virus, tetapi belum melakukan ujian. |
intentional fallacy | kekeliruan hasrat | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri. |
victim profiling | pemprofilan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek. |
case | kes; kasus; kelongsong; bekas; sarung; petak (atur huruf) | Fizik | Tiada | Tiada |
case | kes; kasus; kelongsong; bekas; sarung; petak (atur huruf) | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
case | kes; kasus; kelongsong; bekas; sarung; petak (atur huruf) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
case | kes; kasus; kelongsong; bekas; sarung; petak (atur huruf) | Linguistik | Tiada | Tiada |