radicular abscess | abses radikular | Pergigian | Tiada | Penghasilan dan pengumpulan nanah di kawasan akar gigi. Abses ini adalah reaksi tisu periodontium di sekeliling akar terhadap infeksi daripada tisu pulpa yang nekrotik. Pengumpulan nanah ini akan memberikan tekanan kepada tisu sekeliling dan boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan rawatan insisi dan saliran. Seterusnya rawatan kanal akar harus dibuat pada gigi tersebut supaya infeksi tidak berlaku lagi. |
acute pulpitis | pulpitis akut | Pergigian | Tiada | Keradangan tisu pulpa yang menghasilkan kesakitan secara tiba-tiba. Kesakitan ini terjadi disebabkan rangsangan berterusan terhadap tisu pulpa seperti karies dan fraktur gigi. |
afterpains | kesakitan susul | Perubatan | Tiada | Kesakitan seperti kekejangan pada abdomen yang dirasakan selepas bersalin |
analgetic | analgetik | Perubatan | Tiada | 1. Melegakan kesakitan. 2. Drug yang melegakan kesakitan. |
intermittent claudication | klaudikasi selangan | Perubatan | Tiada | Kesakitan pada otot yang disebabkan kekurangan bekalan darah. Misalnya, kesakitan di otot betis setelah pesakit berjalan beberapa jauh kerana arteri yang membekalkan darah pada otot ini hampir tersumbat. |
intermittent chronic pain | sakit kronik berselang-selang | Perubatan | Tiada | Kesakitan kronik yang dicirikan oleh episod kesakitan sekali-sekala. |
angina pectoris | pektoris angina | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Kesakitan dada yang teramat sangat disebabkan kekurangan bekalan darah ke miokardium. Kesakitan ini boleh menjalar dari bahu kiri ke lengan, Sinonim angina pain.
|
desensitization therapy (pain) | terapi penyahpekaan (sakit) | Perubatan | Tiada | Terapi untuk menghilangkan kesakitan dengan sengaja mendedahkan pesakit kepada rangsangan yang menyebabkan kesakitan secara terkawal. |
antianalgesic | antianalgesik | Perubatan | Tiada | Pemberian ubat atau drug yang boleh menyebabkan kesakitan. Contohnya, agen induksi propofol dan metohexitone boleh menyebabkan kesakitan di bahagian saluran darah vena semasa suntikan. |
lumbar epidural analgesia | analgesia epidura lumbar | Perubatan | Tiada | Pelegaan kesakitan dengan menyuntik anestetik setempat dan/atau opioid ke dalam rongga epidura. Analgesia epidura lumbar biasanya digunakan untuk melegakan kesakitan selepas pembedahan Caesarean, pundi kencing, prostat, pelvis, tungkai bawah dan semasa bersalin. Sinonim analgesia ekstradura lumbar. |