Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.la.han] | کسالهن

Definisi : 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.la.han] | کسالهن

Definisi : 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesalahan

Peribahasa

Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.

Bermaksud :

Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scribal errorkesilapan penyuratKesusasteraanTiadaKesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap.
minor offenceskesalahan kecilKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang dikelaskan sebagai tidak serius oleh undang-undang kerana sifat kesalahan tersebut atau berdasarkan hal keadaan kes. Contohnya, kecurian yang melibatkan nilai yang kecil.
drug related crimejenayah berkait dadahKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang berkaitan dengan bahan termasuk ubat yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah. Jenayah ini juga berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.
misdemeanourkesalahan ringanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam.
phantom wordkata silapKesusasteraanTiadaPerkataan yang wujud kerana kesalahan menyalin, menaip, atau mencetak. Kesalahan ini sering terjadi semasa penyalinan manuskrip sastera, menyebabkan munculnya pelbagai versi manuskrip. Lihat juga kesilapan penyurat.
drug crimejenayah dadahKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang berkaitan dengan bahan termasuk ubat yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah.
narcotic crimejenayah narkotikKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang berkaitan dengan bahan terlarang, termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah.
felonyjenayah beratKriminologiKeadilan JenayahKesalahan serius yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh minimum tidak kurang daripada satu tahun. Pengelasan jenayah ini dibuat mengikut undang-undang yang terpakai di sesebuah negara. Contohnya, kesalahan membunuh, percubaan untuk membunuh, pengubahan wang haram dan rompakan. Sinonim feloni.
delinquent peer influencespengaruh delinkuen sebayaKriminologiKeadilan JenayahPengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut.
no-fault insuranceinsurans tanpa kesalahaninsuransTiadaDi bawah polisi ini, individu yang terlibat dalam suatu kemalangan automobil akan membuat tuntutan kerugian kepada insurer masing-masing tanpa mengambil kira pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan tersebut.
1234

Kembali ke atas