Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sang.gu.pan] | کسڠݢوڤن

Definisi : 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sang.gu.pan] | کسڠݢوڤن

Definisi : 1 hal bersedia (sudi dsb); kesediaan: ~ tuan utk berbincang amatlah kami hargai. 2 kesediaan dll utk melakukan sesuatu; kemampuan: Kaum wanita mempunyai ~ utk menjadi pemimpin negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanggup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan,
Berantonim dengan enggan

2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,

Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan,

Peribahasa

Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
value beliefkepercayaan nilaiKejururawatanTiadaKesanggupan mengekalkan, menambah baik atau menyingkirkan kepercayaan dengan mengambil kira pendapat individu terhadap sesuatu yang dianggap baik atau buruk.
volitionkerelaanKejururawatanTiadaTindakan atau kesanggupan mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan untuk kebaikan diri pesakit itu sendiri.
suspension of disbeliefpenggantungan ketidakpercayaanKesusasteraanTiadaBentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817).
dramatic convensionkonvensi dramatikKesusasteraanTiadaKaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku.

Kembali ke atas