mediocrity | kesederhanaan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
temperance | kesederhanaan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
emperance | penahanan diri; kesederhanaan | Kesenian | Tiada | Tiada |
modern style | gaya moden | Kesenian | Seni Bina | Gaya reka bentuk moden yang diperkenalkan dari era modenisme. Seni bina moden biasanya bebas daripada elemen-elemen yang tidak perlu. Tumpuan seni bina moden diberi pada aspek ruang, dan bukannya pada aspek hiasan atau butiran yang tidak relevan seperti dalam seni bina klasik. Cita rasa moden mementingkan kesederhanaan dan kejelasan ruang. Bangunan seharusnya kelihatan bersih, berfungsi, bersifat lebih ringkas dan mudah. |
international style | gaya antarabangsa | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni bina yang muncul pada sekitar tahun 1920-an dan 1930-an, yang membawa permulaan kepada seni bina moden. Gaya seni ini dipelopori oleh tokoh seperti Walter Gropius dan Le Corbuser, dan kemudiannya dipopularkan pula oleh Ludwig Mies Van de Rohe. Gaya seni ini lebih mementingkan aspek bentuk dan estetika. Antara ciri-ciri gaya seni bina ini ialah mengutamakan kesederhanaan bentuk, menggunakan bahan-bahan daripada kaca, besi dan konkrit, mengelakkan penggunaan hiasan serta menghasilkan reka bentuk yang berasaskan fungsi. |
machine aesthetic | estetika mesin | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina pada awal kurun ke-20 yang menggunakan alat atau mesin untuk menghasilkan produk-produk seni bina, tidak menggunakan hiasan secara berlebihan, tetapi lebih mementingkan fungsi sesuatu bangunan. Hal ini disebabkan oleh kemunculan revolusi industri dan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa tersebut. Mesin telah dianggap sebagai satu bentuk estetika yang sangat berharga kerana mampu menonjolkan unsur kecantikan melalui penampilan dan fungsi dengan penggunaan bahan-bahan baharu seperti logam, plastik dan cermin kaca. Reka bentuk sesebuah bangunan juga dibuat berasaskan gaya bentuk geometri yang lebih ringkas dan mudah. Ciri penting yang lain termasuklah menggabungkan keanggunan dan kesederhanaan bentuk, memaparkan struktur dinding yang bergaya dan kemas, mengehadkan penggunaan dinding bagi membolehkan penyusunan semula struktur dan penggunaan tingkap bersaiz yang besar. |