general equlibrium analysis | analisis keseimbangan umum | Ekonomi | Tiada | Analisis yang melihat sebuah ekonomi secara keseluruhan dan menyiasat bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang-barang dan perkhidmatan ditentukan secara serentak dalam ekonomi. Sekiranya sebuah ekonomi dibahagikan kepada beberapa pasaran, maka analisis keseimbangan umum akan mengambil kira hubung kait antara pasaran itu dalam menentukan keseimbangan kesemua pasaran tersebut secara serentak. |
efficacy | keseimbangan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lihat keseimbangan lampu. |
dynamic equilibrium | keseimbangan dinamik | Sains Sukan | Biomekanik | Konsep yang menunjukkan wujudnya keseimbangan semua daya yang bertindak bagi satu jasad yang bergerak. |
punctuated equilibrium | keseimbangan bersela | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Konsep dalam biologi evolusi yang menghuraikan keseimbangan spesies secara bersela untuk jangka masa panjang. |
lamp efficacy | keseimbangan lampu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Nisbah pembalikan cahaya yang dikeluarkan oleh lampu pada jumlah watt yang digunakan. Sinonim keseimbangan. |
partial equilibrium analysis | analisis keseimbangan separa | Ekonomi | Tiada | Analisis tentang suatu pasaran secara terasing, tanpa mengambil kira kesan balas terhadap pasaran lain. Misalnya, analisis keseimbangan separa bagi pasaran suatu barang menyelidik syarat-syarat pasaran tersebut dengan andaian bahawa harga barang lain diberi atau dianggap tetap. Dalam analisis tersebut kesan perubahan harga barang itu terhadap harga pasaran barang-barang lain yang berkaitan diabaikan, termasuk juga harga faktor pengeluaran. |
equilibrium | keseimbangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan aman, seimbang dan normal dalam sesebuah masyarakat tanpa sebarang konflik. Keadaan ini digambarkan dalam pendekatan fungsionalisme yang melihat semua bahagian dalam masyarakat itu menjalankan fungsi masing-masing tanpa wujudnya konflik. Dalam konteks teori permainan, satu pihak itu tidak akan menukar strateginya atau melakukan sesuatu tindakan yang berbahaya dan begitu juga dengan musuhnya kerana keadaan keseimbangan yang sedang wujud itu tidak mengancam kedudukan politik mereka. Pengekalan strategi masing-masing akan mengekalkan keadaan seimbang yang tidak merugikan mana-mana pihak. |
marginal analysis | analisis sut | Ekonomi | Tiada | Kaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal. |
equilibrium | keseimbangan | Sains Sukan | Biomekanik | Keadaan apabila jumlah semua daya dan tork yang bertindak ke atas jasad adalah sifar. |
equilibrium | keseimbangan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |