universality | kesejagatan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud �semua, secara kolektif, dan seluruh dunia�. Lihat juga tipa induk. |
canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |