Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.jah.te.ra.an] | کسجهتراءن

Definisi : keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.jah.te.ra.an] | کسجهتراءن

Definisi : ke­­ada­an sejahtera; keamanan dan kese­lamatan; ketenteraman: ~ di dunia dan di akhirat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejahtera (adjektif)
Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;,
Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
community empowermentpemerkasaan komunitiPsikologiTiadaProses meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam sesebuah komuniti, contohnya mengembangkan bakat atau minat anak-anak melalui pelbagai acara dalam komuniti atau pembangunan semula ekonomi masyarakat.
green economyekonomi hijauEkonomiTiadaEkonomi yang menghasilkan kesejahteraan manusia yang lebih baik dan ekuiti sosial, sementara secara signifikan mengurangkan risiko alam sekitar dan kelangkaan ekologi. Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semula jadi. Ekonomi hijau mengutamakan pembangunan ekonomi yang dapat melindungi sumber semula jadi, meningkatkan keupayaan sumber dan menggalakkan penggunaan secara mampan.
social supportsokongan sosialKejururawatanTiadaBakti sukarelawan kepada pesakit bagi menggalakkan kesejahteraan kesihatan.
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.
anti-social behaviourtingkah laku antisosialKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku atau perbuatan yang melanggar norma sosial dan bertentangan dengan kesejahteraan individu, kumpulan, sistem atau masyarakat. Tingkah laku ini juga merujuk kepada ketiadaan atau kekurangan empati dan rasa bersalah oleh pelaku apabila melanggar norma atau peraturan sosial. Tingkah laku ini boleh membawa kepada perlakuan jenayah dalam kalangan orang dewasa dan delinkuensi dalam kalangan kanak-kanak.
vertical communitykomuniti menegakSosiologiTiadaKomuniti daripada pelbagai penyewa yang mendiami setiap tingkat berbeza di sesebuah bangunan dan bekerjasama mencapai kesejahteraan bersama.
moral panicspanik moralKriminologiKeadilan JenayahPerasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut.
workplace victimizationpemangsaan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar.
Independent Ethics Committee (IEC)Jawatankuasa Etika Bebas (IEC)HerbaPeraturan dan PemasaranBadan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal.
post-traumatic stress disorderkecelaruan tekanan pascatraumaKriminologiKeadilan JenayahReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun.
123

Kembali ke atas