window of opportunity | jendela peluang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting. |
cyberattack | serangan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |
politicization | pempolitikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menjadikan sesuatu isu, keadaan, fenomena atau perkara bersifat politik. Sesuatu perkara itu pada asalnya neutral atau tidak berbau politik tetapi dengan tindakan ini, ia akan menjadi isu panas, diperdebat oleh anggota parlimen, dibawa ke meja perundingan oleh organisasi terlibat, diusul ke parlimen dan persidangan atau menjadi isu hangat dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Pempolitikan sesuatu perkara boleh berlaku apabila ia memberi keuntungan kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada isu yang panas ini. Contohnya, pempolitikan isu sekolah wawasan oleh parti pembangkang yang mendakwa langkah ini bertujuan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sinonim mempolitikkan. |