post-initiator human error | kesilapan manusia pasca pencetus | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kesilapan manusia yang berlaku selepas peristiwa pencetus (IE). |
pre-initiator human error | kesilapan manusia pra-pencetus | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kesilapan manusia yang berlaku sebelum peristiwa pencetus. |
human error probability (HEP) | kebarangkalian kesilapan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kebolehjadian berlakunya peristiwa kesilapan manusia. |
human failure event (HFE) | peristiwa kesilapan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa yang berkaitan dengan kesilapan manusia. |
human reliability analysis (HRA) | analisis kebolehpercayaan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah untuk mengenal pasti tindakan dan kesilapan manusia, kesan dan akibat, serta kebarangkalian kesilapan manusia. |
kink marks | kesan tanda | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Artifak kekal pada filem radiografi akibat kesilapan pengendalian filem sebelum atau semasa proses dedahan dilaksanakan. Kesilapan tersebut boleh menghasilkan bentuk imej seperti kesan cengkaman kuku atau lipatan pada filem. |
absolute constant error | ralat tekal mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan. |
scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap. |
hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Kesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�. |
human error (HE) | kesilapan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keputusan tidak tepat dan/atau tindakan tidak sesuai yang berpotensi untuk menyebabkan kegagalan sesuatu sistem, mencetuskan kemalangan atau memburukkan lagi keadaan kemalangan. Lihat juga human error probability (HEP), human failure event (HFE), post-initiator human error, pre-initiator human error. |