herbal stability | kestabilan herba | Herba | Tiada | Keadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi. |
formal stability studies | kajian kestabilan formal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Siri ujian yang perlu dilakukan terhadap produk akhir herba yang disimpan dalam tempoh tertentu dan diuji mengikut kekerapan dan protokol yang ditetapkan. Kajian kestabilan formal bertujuan untuk menentukan kestabilan dan jangka hayat produk. Kajian ini terdiri daripada ujian kestabilan dipercepat dan jangka panjang yang dilakukan sekurang-kurangnya pada dua kelompok produk. |
stability constant | pemalar kestabilan | Kimia | Kimia Analisis | Pemalar yang menyatakan kestabilan suatu kompleks. Ia merupakan hasil darab kepekatan hasil tindak balas terhadap hasil darab kepekatan bahan tindak balas. Bagi satu kompleks MLn, yang terbentuk daripada tindak balas ion logam Mn+ L, pemalar kestabilan adalah seperti yang berikut: |
stability studies | kajian kestabilan | Herba | Tiada | Lihat ujian kestabilan. |
pH stability profile | profil kestabilan pH | Sains Kesihatan | Tiada | Kestabilan yang berkaitan dengan perubahan pH. |
joint stability | kestabilan sendi | Sains Sukan | Biomekanik | Keupayaan sendi untuk mengekang perubahan kedudukan tulang yang berartikulasi (tempat persambungan antara tulang), bergantung pada struktur sendi dan tisu lembut yang berfungsi sebagai penyokong. Kekangan ini menyebabkan kestabilan pada sendi. Atlet yang sering terlibat dengan aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan, pertukaran arah pergerakan atau melibatkan pergerakan berputar, sering terdedah pada kemerosotan prestasi apabila kestabilan sendi mereka terjejas akibat kecederaan. |
long-term stability testing | ujian kestabilan jangka panjang | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ujian yang dilakukan untuk menentukan kestabilan produk herba dalam keadaan penstoran yang ditetapkan bagi menentukan tempoh ujian semula atau tempoh simpan. Keadaan penstoran yang ditetapkan adalah seperti suhu bilik 30°C ± 2°C dan kelembapan 65% ± 5 atau 25°C ± 2°C dan 60% ± 5. Kebiasaannya, kekerapan ujian dijalankan setiap 3 bulan pada tahun pertama, 6 bulan pada tahun kedua, dan 12 bulan pada tahun yang berikutnya. |
accelerated stability testing | ujian kestabilan dipercepat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ujian yang dilakukan untuk meningkatkan kadar degradasi kimia atau perubahan fizikal bahan atau produk herba dalam keadaan penyimpanan seperti suhu dan kelembapan relatif yang melampau. Ujian kestabilan dipercepat digunakan untuk menilai kesan jangka panjang sebatian kimia dalam keadaan penyimpanan yang disyorkan. Ujian ini juga bertujuan untuk menilai kestabilan bahan dan produk semasa perjalanan dalam keadaan penyimpanan melebihi spesifikasi yang disyorkan pada label, seperti semasa penghantaran produk. Namun, hasil kajian ujian dipercepat tidak semestinya meramalkan perubahan fizikal bahan atau produk herba. |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |
business stability | kestabilan perniagaan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |