Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sum] | کسوم

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesumba keling, kunyit jawa, Bixa orellana; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat), Polygonum minus; 3. sj tum­buhan (herba), kelima paya, Polygonum pubescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sum] | کسوم

Definisi : nama sj herba yg daunnya dibuat ramuan masakan, Polygonum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesum

Puisi
 

Pucuk kesum pucuk kemangi,
     Tunggal padi di pagar tebing;
Sudah tak sokong dengan kami,
     Cari raksi di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stoloniferous herbherba berstolonHerbaPemiawaianHerba yang mempunyai batang sisi yang memanjang dan menghasilkan anak baharu serta menjalar. Contohnya, kesum (Polygonum minus), pegaga (Centella asiatica) dan patawali (Tinospora crispa).
volatile oilminyak meruapHerbaPemiawaianMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis).

Kembali ke atas