pathological gambling | perjudian patologi | Perubatan | Psikiatri | Ketagihan atau keinginan yang sangat kuat untuk berjudi dan sukar untuk berhenti, walaupun mengetahui akibat buruknya. |
alcohol abuse | penyalahgunaan alkohol | Kejururawatan | Tiada | Ketagihan arak yang melampau, dan biasanya mengakibatkan sirosis hepar. |
alcoholic psychosis | psikosis alkohol | Perubatan | Psikiatri | Psikosis yang disebabkan oleh ketagihan alkohol. |
barbiturate | barbiturat | Perubatan | Psikiatri | Drug yang bertindak pada sistem saraf pusat dan boleh mendatangkan ketagihan. |
drug induced crime | jenayah dipengaruhi dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan jenayah yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah atau jenayah yang dilakukan semasa di bawah pengaruh dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Contoh lain ialah pembunuhan yang dilakukan seseorang di bawah pengaruh dadah. |
substance abuse | penyalahgunaan bahan | Kejururawatan | Tiada | Penggunaan bahan-bahan seperti dadah, alkohol atau rokok yang memudaratkan kesihatan individu dan mengakibatkan ketagihan. |
narcotic | narkotik | Herba | Fitoterapi | Bahan daripada beberapa jenis tumbuhan atau ubat yang memberikan kesan dalam mengurangkan kesakitan, tetapi boleh juga mengakibatkan hilang kawalan diri, ketagihan dan mengantuk. |
drug related crime | jenayah berkait dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kesalahan yang berkaitan dengan bahan termasuk ubat yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah. Jenayah ini juga berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. |