Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta/.nor.ma.lan] | کتقنورملن

Definisi : keadaan tidak normal: sekiranya ~ berlaku, lawatan ke klinik atau hospital adalah perlu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketaknormalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
astigmatismastigmatismeKejururawatanTiadaKetaknormalan penglihatan yang disebabkan oleh perbezaan lengkungan pada meridian yang berbeza di permukaan pembiasan mata. Keadaan ini mengakibatkan pancaran cahaya tidak difokus dengan jelas pada retina.
clubbingjari belantanKejururawatanTiadaKetaknormalan jari tangan atau jari kaki akibat pertumbuhan tisu lembut pada falanks hujung jari yang berkenaan. Hujung jari ini berbonggol, dan kukunya menjadi cembung seperti tombol atau kayu pemukul gendang. Keadaan ini mungkin merupakan gejala penyakit jantung dan penyakit pernafasan.
cytologysitologiKejururawatanTiadaPemeriksaan sel-sel di bawah mikroskop untuk mengesan perubahan struktur atau ketaknormalan, bagi membantu diagnosis penyakit, contohnya kanser.
fetal growth and development monitoringpemantauan perkembangan dan pembesaran janinKejururawatanTiadaProses memantau pembesaran dan perkembangan janin dan mengesan ketaknormalan sepanjang tempoh kehamilan.

Kembali ke atas