Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ma.du.nan] | کتمدونن

Definisi : perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketamadunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaic stagetahap purbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan awal ketamadunan . Tahap ketamadunan dinasti awal Mesir mula berkembang pada 3200 SM - 2800 SM. Pada tahap ini budaya mula berkembang tetapi pemerintahan pradinasti masih belum bersatu. Di Greek, tahap ketamadunan nya bermula bermula sekitar 750 SM � 480 SM manakala di Amerika Syarikat tahap purba merujuk kepada tahap perkembangan budaya.
Apolloniangaya ApolloKesusasteraanTiadaGaya Dewa Apollo yang dikaitkan dengan keteriban dan ketamadunan dalam mitos Yunani. Apollo mampu meramalkan nasib manusia. Ciri-ciri Apollo merupakan aspek integral dalam sesetengah drama Yunani. Ciri-ciri ini mementingkan simetri, logik dan kerasionalan. Lihat juga gaya Dionysius.
g�tterd�mmerungg�tterd�mmerungKesusasteraanTiadaKarya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�.
architecture heritagewarisan seni binaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Kembali ke atas