Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tam.pa.kan]/[ke.tam.pa/.kan] | کتمڤقن

Definisi : keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam.pa.kan]/[ke.tam.pa/.kan] | کتمڤقن

Definisi : ist keadaan setakat mana atau sejelas mana sesuatu dpt dilihat dlm keadaan tertentu: ~ yg kurang drpd satu kilometer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketampakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oblique visibilityketampakan serongMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak terjauh sesuatu objek boleh dilihat dengan jelas di sepanjang garis pandang yang condong terhadap garis mendatar. Ketampakan serong terbahgi kepada dua, iaitu ketampakan serong ke bawah dan ketampakan serong ke atas. Ketampakan serong ke bawah merupakan suatu unsur yang penting dalma operasi penerbangan, dan ia berbeza daripada ketampakan mendatar yang diukur pada permukaan bumi, disebabkan oleh perubahan pekali pemupusan atmosfera dengan ketinggian dan latar belakang bumi. Istilah ini juga disebut sebagai jarak pandang serong dan ketampakan sendeng.
unresticted visibilityketampakan tak terhadMeteorologiMeteorologi PerhubunganKetampakan apabila tiada fenomena pengaburan mengurangkan jarak ketampakan kepada kurang daripada 12 km. Sebaliknya jika ketampakan kurang daripada 12 km dalam pencerapan cuaca penerbangan , fenomena pengauran perlu dicatat.
runway visibilityketampakan landasan terbangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKetampakan disepanjang lapangan terbang yang telah dikenal pasti. Ketampakan ini ditentukan dari titik tertentu di landasan terbang dengan pemerhati menghadap ke arah yang sama dengan juruterbang yang menggunakan landasan terbang.
slant visibilityketampakan sendengMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Sama dengan ketampakan tuju. 2. Sama dengan ketampakan serong.
visibilityketampakanMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak terjauh sesuatu objek yang mempunyai ciri tertentu yang dapat dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam sesuatu objek dapat dilihat dan dikenali sekiranya aras pencahayaan umum disamakan dengan aras pencahayaan hari siang. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter, dan ketampakan tinggi dalam kilometer. Laporan ketampakan umumnya merujuk kepada ketampakan pada semua arah. Sekiranya terdapat sisihan yang nyata, ketampakan terendah direkod untuk tujuan sinoptik.
visibilityketampakanSainsHidrometeorologiJarak terjauh sesuatu benda yang mempunyai ciri tertentu dapat dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam, benda itu dapat dilihat dan dikenali sekiranya tahap pencahayaan umum disamakan dengan aras hari siang biasa. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter atau ela, manakala ketampakan tinggi dalam kilometer atau batu. Laporan ketampakan umumnya merujuk ketampakan pada semua arah. Sekiranya terdapat sisihan yang nyata, ketampakan terendah direkod untuk tujuan sinoptik.
exceptional visibilityketampakan luar biasaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKetampakan yang membolehkan sesuatu objek dapat membolehkan sesuatu objek dapat dilihat dari jarak yang sangat jauh.
verticasl visibilityketampakan menegakMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak yang dapat dilihat secara menegak oleh pemerhati dalam keadaan kehadiran fenomena pengaburan. Anggaran ketampakan menegak diperoleh berdasarkan penaikan belon siling atau belon duga, atau dengan penembusan cahaya sorot siling atau dengan silometer.
transmissometertransmisometerMeteorologiMeteorologi PerhubunganAlat yang menunjukkan ketampakan dengan mengukur pancaran atau pudaran alur cahaya pada jarak yang tetap. Lihat meter ketampakan.
visuallyketampakanKesenianTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas