Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; keketaraan perihal (keadaan atau sifat) ke­tara: bahan itu mengandungi penyerap cahaya khas utk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pd muka; ®kentara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jelas kelihatan; tampak dgn terang; kentara: Sesuatu perbuatan yg tidak jujur, lambat laun akan ~ juga akhirnya. keketaraan keadaan atau sifat ketara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketara (adjektif)
Bersinonim dengan kentara, nyata, tampak, nyata sekali, jelas sekali, terang kelihatan, waleh, berterang-terang, terang-terang;,

Puisi
 

Pandailah pandai membelah buah,
     Buah dibelah pakailah parang;
Pandailah pandai membawa olah,
     Jangan ketara di muka orang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assetasetEkonomiTiadaHarta ketara atau tidak ketara yang mempunyai nilai wang. Aset berguna kerana perkhidmatan atau keuntungan boleh diperoleh daripadanya pada masa hadapan.
capital assetaset modalEkonomiTiadaAset ketara dan tak ketara yang digunakan untuk menjalankan aktiviti organisasi bagi tempoh yang melebih tempoh terpanjang antara satu tempoh perakaunan atau satu kitaran kendalian. Misalnya, tanah, bangunan, dan jenama perniagaan.
tangible goodsbarang ketaraEkonomiTiadaBarang yang ada bentuk fizikal, yang dapat dilihat dan dirasa. Misalnya, getah, kelapa sawit, dan timah. Barang ketara terbahagi kepada barang tahan lama, seperti peti sejuk dan kereta, dan barang tak tahan lama, seperti makanan.
overt narratorpengisah ketaraKesusasteraanTiadaPengisah (pengarang) yang menyampaikan cerita dan bebas memberikan komentar terhadap situasi, peristiwa, atau perwatakan yang terdapat dalam karyanya. Komentar pengisah dapat dikesan dengan ketara dalam karya kerana komen dibuat secara jelas, terbuka, dan melebihi daripada apa yang sepatutnya.
apparent protein digestibilitykebolehcernaan protein ketaraPerikananAkuakulturKebolehcernaan yang mengambil kira jumlah makanan yang diambil setelah ditolak dengan jumlah najis yang dikeluarkan, termasuklah bahagian nutrien endogen yang bukan berasal daripada makanan. Lazimnya nilai kebolehcernaan ketara lebih rendah daripada nilai kebolehcernaan sebenar.
fixed assetaset tetapEkonomiTiadaAset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Aset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin, dan pelaburan jangka panjang; dan aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta, dan tanda perdagangan.
tangible assetaset ketaraEkonomiTiadaAset yang mempunyai kewujudan fizikal yang boleh disentuh atau dilihat, yang bukan hanya dalam bentuk hak untuk menerima bayaran tunai atau faedah lain. Misalnya, tanah, bangunan, kereta dan mesin.
tangible assetaset ketaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
tangible propertyharta ketaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
intangible assetaset tak ketaraEkonomiTiadaAset yang tidak mempunyai kewujudan fizikal. Aset ini memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran tunai atau faedah lain, seperti hak untuk menjalankan perniagaan. Misalnya, paten, hak cipta, muhibah, dan jenama.
123456

Kembali ke atas