time-mean Nusselt film thickness | ketebalan saput Nusselt masa purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ketebalan saput yang berombak permukaannya bagi aliran cecair dalam bentuk saput di atas permukaan satah yang dicondongkan pada sudut q yang dipuratakan dengan masa sebagai (rujuk m/s 151). Ketebalan saput ini adalah 0.93 kali lebih tebal daripada ketebalan saput yang licin permukaannya. Bagi satah yang tegak (q = 90�), masa purata ketebalan saput dijelaskan sebagai masa purata ketebalan saput Nusselt, iaitu � = 48/Re, d3 = 3 Re/5, dengan d = ketebalan saput, d = masa purata ketebalan saput Nusselt, Re = nombor Reynolds, � = faktor geseran, v = kelikatan kinematik, q = sudut condongan, u = halaju purata. |
film thickness | ketebalan saput filem | Pergigian | Tiada | Ketebalan simen yang nipis dalam penyimenan restorasi seperti inlai, onlai, korona atau jambatan. Ketebalan simen yang baik untuk pelekatan restorasi adalah antara 40 ?m - 50 ?m. Ketebalan simen yang nipis penting bagi mengurangkan kegagalan pelekatan dalam fasa simen. Simen yang tebal mempunyai risiko kegagalan pelekatan yang tinggi. |
concentration boundary layer thickness | ketebalan lapisan sempadan kepekatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ketebalan suatu lapisan bayangan yang menyempadani sesuatu permukaan pepejal yang bergantung pada kepekatan bendalir pukal yang dijelaskan relatif kepada ketebalan lapisan sempadan hidrodinamik sebagai d/dc = Sc1/9, dengan d = ketebalan lapisan sempadan hidrodinamik, Sc = nombor Schmidt, dc = ketebalan lapisan sempadan kepekatan. |
double thickness | ketebalan dua lapis | Perubatan | Tiada | Ketebalan bahan impresi yang sama dengan ketebalan dua lapis bahan lain. |
effective depth | dalam efektif | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Ketebalan rasuk atau ketebalan papak konkrit yang diukur dari aras permukaan mampatan konkrit ke aras titik tengah tetulang. |
isentropic thickness-chart | carta ketebalan isentrop | Sains | Hidrometeorologi | Carta ketebalan lapisan atmosfera yang dibatasi oleh dua permukaan isentrop yang terpilih (permukaan suhu upaya tetap). Ketebalan lapisan ini berkadaran langsung dengan ketakstabilan statik lapisan berkenaan. Oleh itu, carta ini dinamakan carta tak stabil. |
confluent thermal ridge | rabung terma kuala | Sains | Hidrometeorologi | Pola garis-garis ketebalan yang cembung terhadap ketebalan tekanan tinggi yang garis ketebalannya menjadi padat ke arah angin terma. |
cake thinckness | ketebalan kek | Kejuruteraan | Petroleum | Ukuran untuk menyatakan ketebalan kek turas yang terbentuk oleh lumpur penggerudian pada medium yang berliang. biasanya ukuran ditentukan dengan melakukan ujian turasan API yang piawai. Ketebalan kek biasanya dinyatakan dalam pecahan per 32 daripada satu inci. |
condensation film thickness | ketebalan saput pemeluwapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ketebalan saput cecair pada permukaan satah yang dicondongkan pada sudut q secara pemeluwapan saput yang dianggarkan sebagai (rujuk m/s 152) dengan d = ketebalan saput, m = kelikatan, r = ketumpatan, G = kadar aliran cecair per unit lebar satah, q = sudut condongan satah. |
Nusselt film thickness | ketebalan saput Nusselt | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Parameter tak bermatra yang menganggarkan ketebalan saput yang licin bagi pengaliran cecair dalam suatu saput di atas satah yang dicondongkan pada sudut q yang ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 151) Bagi satah yang tegak (q = 90�), d boleh dikorelasikan sebagai d3 = Re/4, d3 = 36 Fr/sin q, d = g/�, dengan � = faktor geseran, Fr = nombor Froude, Re = nombor Reynolds, q = sudut condongan satah, v = kelikatan kinematik, d = ketebalan saput, d = ketebalan saput Nusselt. |