Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ka.lan] | کتکلن

Definisi : keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ka.lan] | کتکلن

Definisi : keadaan atau hal tekal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketekalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sequence consistencyketekalan jujukanBioinformatikBioinformatik Molekul-
copy editingpenyuntingan naskhah-TiadaProses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing.
recirculation pumppam edaran semulaSains NuklearKejuruteraan ReaktorKomponen yang berfungsi untuk mengekalkan ketekalan aliran bahan penyejuk di dalam teras reaktor bagi memastikan pemindahan haba yang mencukupi.
herbal authenticationpengesahan herbaHerbaTiadaProses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah.
excipienteksipienHerbaTiadaBahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu.
herbal product validationpengesahan produk herbaHerbaTiadaTindakan untuk mengesahkan prosedur, proses, peralatan, bahan, aktiviti atau sistem selaras dengan prinsip Amalan Pengilangan Baik bagi memastikan ketekalan kualiti, keberkesanan dan keselamatan sesuatu kelompok produk herba ubatan.
finished herbal product specificationspesifikasi produk akhir herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut.

Kembali ke atas