retreat resort | peranginan ketenangan | Pelancongan | Tiada | Kawasan yang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, seperti penginapan, pusat rekreasi dan spa sebagai tempat untuk mencari ketenangan. |
cold comfort | ketenangan sementara | Umum | Tiada | Sedikit keselesaan yang diberikan kepada seseorang yang sedang dalam kesedihan namun hanya bersifat sementara. |
tranquility principle | prinsip ketenangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Prinsip yang digunakan dalam model Bell-La Padula yang mengatakan bahawa klasifikasi keselamatan yang diberikan kepada suatu subjek, seperti pengguna atau objek, seperti cakera tidak akan berubah apabila dirujuk atau digunakan dalam suatu aktiviti. |
sedative | sedatif | Herba | Pemiawaian | Sifat pada ekstrak herba yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat dan dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan kegelisahan. Contoh herba yang mempunyai kesan sedatif ialah ekstrak rizom lengkuas (Alpinia galanga), buah kecubung (Datura metel) dan buah cabai pintal (Helecteres isora). |
temporal lobe syndrome | sindrom lobus temporal | Perubatan | Psikiatri | Sindrom yang terdiri daripada gangguan psikosis, sawan, perwatakan dan ciri-ciri Kluver-Bucy, seperti tingkah laku seksual yang berlebihan, ketenangan dan kecenderungan untuk meninjau persekitaran dengan mulut. |
interlude | selingan | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri. |
onomatopoeia | onomatopia | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau gabungan perkataan yang bunyinya meniru bunyi yang dideskripsikan. Contohnya, bunyi �hiss�, �buzz� dan �bang�. Contoh penggunaan onomatopia dalam puisi bertajuk �Come Down, O Maid� oleh Tennyson adalah seperti yang berikut: The moan of doves in immemorial elms, And murmuring of innumerable bees. Dalam contoh di atas, onomatopia ditampilkan melalui ulangan konsonan �m�. Bunyinya boleh bersifat lunak atau sebaliknya. Browning dalam sajaknya berjudul �Meeting at Night� memimikkan mukanya untuk menghasilkan bunyi yang menggangu ketenangan derianya. Contoh: A tap at the pane, the quick sharp scratch, And blue spurt of a lighted match Dalam contoh di atas, gangguan deria dicetuskan oleh perkataan yang terputus-putus dan bunyinya yang kasar. Dalam sastera Arab, bait-bait sajak Imru� al-Qays berbunyi: �mikarri mifarri, muqbilin mudbirin ma�an/ ka-julmudi sakhrin hattahu al-saylu min �ali�. Istilah onomatopia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �menamakan�. |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang. |