glasnost | Keterbukaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Polisi yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev pada tahun 1985 yang membawa makna keterbukaan atau publisiti (penghebahan). Matlamat Gorbachev untuk melancarkan dasar ini asalnya bertujuan memberi tekanan kepada golongan konservatif dalam parti yang menentang dasar penstrukturan ekonomi Soviet atau Perestroika. Perkembangan penggunaan konsep ini kemudiannya membawa makna keterbukaan politik seperti kebebasan bersuara, pentadbiran yang telus, terbuka kepada pertanyaan, kritikan dan perdebatan. Hasil daripada dasar ini, pemerintahan Soviet dekad 1990-an kemudiannya mengalami proses perubahan yang besar dan menjadi lebih demokratik. Sinonim glasnost. |
inclusivity | keterangkuman | Umum | Tiada | Dasar keterbukaan peluang kepada semua orang tanpa berat sebelah. |
glasnost | gIasnost | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat keterbukaan. |
Sheikhdom | negara Syeikh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah negara secara monarki mutlak oleh dinasti Sheikh dengan kerajaan yang terpusat dari istana. Pemerintahan ini berlangsung secara turun temurun tanpa unsur keterbukaan persaingan. Sheikh yang memerintah serta ahli keluarganya akan mendominasi institusi legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka mengawal ketat aktiviti politik supaya kedudukan status quo tidak tercabar. Keluarga Sheikh ini juga menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Mereka menentukan perancangan ekonomi negara dan membuat segala keputusan penting seperti menentukan belanjawan negara, jenis barangan eksport, penyertaan dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Perkembangan demokrasi dan unsur-unsur keterbukaan dan sivil seperti kedudukan pilihan raya, pemisahan kuasa, persaingan parti politik dan kedudukan pembangkang serta peranan media dan NGO sangat minimum malah dalam banyak kes tidak wujud langsung. Contoh negara Sheikh ialah Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain. |
open economy | ekonomi terbuka | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang melibatkan perdagangan sebuah negara dengan negara yang lain. Darjah keterbukaan ekonomi bergantung pada saiz perdagangan antarabangsa, berbanding dengan keluaran negara kasar. |
liberalism | liberalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang menekankan kebebasan individu, persaingan yang terbuka dan pasaran bebas dengan campur tangan yang minimum daripada pihak pemerintah. Idea ini telah menjadi asas kepada sistem ekonomi kapitalisme. Dalam proses persaingan politik, asas kebebasan ini berkembang dalam falsafah politik yang berpegang kepada nilai rasional dan keterbukaan. Pemikiran ini tidak menghalang sebarang cabaran, penentangan secara sihat dan kritikan orang ramai terhadap pemerintah. Dalam amalan harian, liberalisme ditonjolkan melalui pergerakan NGO, gerakan aktivis sosial, kehadiran pembangkang dan kebebasan media. Dengan itu, liberalisme cenderung melahirkan kerajaan yang bertukar ganti. |