Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.se.dia.an] | کترسدياءن

Definisi : keadaan tersedia: ~ indeks; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketersediaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
availabilityketersediaanSains NuklearKejuruteraan ReaktorKebarangkalian sistem atau komponen berfungsi apabila diperlukan dengan mengambil kira faktor persekitaran, penyenggaraan dan pembaikan.
last seat availabilityketersediaan tempat duduk terakhirPelanconganTiadaTempat duduk terakhir yang masih ada dan tersedia untuk dijual.
open accessakses terbuka-TiadaKetersediaan bahan terbitan dalam talian yang diberikan secara percuma kepada individu yang ingin mendapatkannya.
bioavailabilitybioketersediaanHerbaPeraturan dan PemasaranKadar dan takat ketersediaan suatu bahan ubat atau metabolit aktif daripada suatu bentuk sediaan yang ditentukan oleh kepekatan atau keluk masa dalam peredaran sistemik atau oleh eksresi dalam urin atau cecair tubuh yang lain.
nanodelivery systemsistem nanopenghantarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKeseluruhan proses yang digunakan untuk mengawal kestabilan, kelarutan dan ketersediaan serta pelepasan terkawal bahan yang terkandung di dalam pembawa bersaiz nano.
level 1 probabilistic safety asessment (PSA)pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1Sains NuklearKejuruteraan ReaktorPenilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan.
crime opportunity theoryteori peluang jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri.
level 2 probabilistic safety asessment (PSA)pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 2Sains NuklearKejuruteraan ReaktorPenilaian kekerapan pelepasan bahan radioaktif ke persekitaran selepas kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan pembendung reaktor dalam menangani kemalangan.

Kembali ke atas