Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perinĀ­tah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiak I

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kecek bagai ketiak ular.

Bermaksud :

Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ketiak ular).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bubobuboHerbaFitoterapiRadang dan bengkak pada nodus limfa terutamanya pada ketiak atau celah kelengkang akibat jangkitan penyakit seperti plag, sifilis, gonorea dan tuberkulosis.
antiperspirantantipeluhHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengawal pengeluaran peluh yang berlebihan di permukaan kulit badan terutamanya telapak tangan, kaki serta ketiak yang mengakibatkan ketakselesaan. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) yang bersifat antipeluh.

Kembali ke atas