Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan tidak puas; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakpuasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissatisfying factorsfaktor ketidakpuasanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
doctor shoppinglompat doktorPerubatanTiadaAmalan berjumpa beberapa orang doktor kerana simptom yang berterusan atau ketidakpuasan hati terhadap doktor atau ubat yang diberikan oleh doktor.
civil warperang saudaraSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992.
political decaykebobrokan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun.
micropoliticsmikropolitikSains PolitikPolitik PerbandinganAksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi.

Kembali ke atas