homeostasis | homeostasis | Psikologi | Psikologi Umum | Mekanisme yang boleh mengesan ketidakseimbangan dalam badan. Apabila berlaku ketidakseimbangan seperti kekurangan gula dalam darah, sistem fisiologi akan berubah yang merangsang tindakan untuk mengembalikan status gula dalam darah. Respons fisiologi badan terhadap ketidakseimbangan yang terjadi boleh melibatkan kedua-dua respons dalaman dan luaran dalam bentuk tingkah laku. Dalam kes dahaga akibat kekurangan air dalam badan, tindakan dalaman akan melibatkan perembesan hormon antidiuretik yang menyerap kembali air daripada organ seperti usus besar atau kelenjar ginjal untuk dikembalikan kepada badan. Sementara tingkah laku yang terlibat ialah tindakan mencari sumber air untuk diminum. |
affirmative action | tindakan afirmatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar yang digubal untuk memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk. Dasar atau tindakan ini diambil secara drastik oleh pemerintah setelah berlaku sesuatu peristiwa yang melibatkan hubungan kaum. Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1970 telah mengambil tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang yang lebih saksama kepada minoriti kulit hitam. Sementara di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1970 boleh diklasifikasikan sebagai tindakan afirmatif untuk memperbaik ketidakseimbangan yang wujud antara kaum. Sinonim tindakan pengesahan. |
offset | ofset | Kejuruteraan | Tiada | Ketidakseimbangan di antara separuh bahagian litar dengan separuh bahagian lagi pada litar simetri. |
conversational asymmetry | perbualan asimetri | Sains Kesihatan | Tiada | Ketidakseimbangan dalam perbualan. Penutur tidak mempunyai peluang yang sama semasa berbual. |
denture base discrepancy | perbezaan landas dentur | Perubatan | Tiada | Ketidakseimbangan saiz mandibel dari saiz maksila menyebabkan maloklusi. |
dental base discrepancy | perbezaan landas dentur | Perubatan | Tiada | Ketidakseimbangan saiz mandibel dan saiz maksila menyebabkan maloklusi. |
malnutrition | malpemakanan | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku disebabkan kekurangan atau ketidakseimbangan zat makanan. Keadaan ini juga boleh disebabkan gangguan penghadaman dan penyerapan makanan. |
Gini coefficient | pekali Gini | Sosiologi | Tiada | Ukuran statisik untuk menentukan darjah ketidakseimbangan taburan kemewahan terutamanya dari segi pendapatan dalam sesebuah negeri. |
vibrometer | meter getaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang digunakan untuk menunjukkan ketidakseimbangan berbanding dengan imbangan yang tepat bagi sesebuah mesin atau komponen yang berputar. Contohnya, alat ini digunakan untuk mengimbang tayar kenderaan. |
gynecomastia | ginekomastia | Perubatan | Tiada | Perkembangan kelenjar susu yang berlebihan pada lelaki, akibat sama ada ketidakseimbangan hormon atau terapi hormon. |