third party; fire and theft | pihak ketiga; kebakaran dan kecurian | insurans | Tiada | Polisi insurans motor pihak ketiga yang bukan sahaja melindungi kerosakan harta, kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga tetapi juga kebakaran dan kecurian kereta empunya polisi. |
third party | parti ketiga | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang muncul dalam negara yang mengamalkan sistem dua parti. Sistem dua parti yang diamalkan mula tercabar dengan kemunculan parti ketiga yang telah menunjukkan keupayaan untuk menjadi dominan dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan kemunculan parti ketiga ini, persaingan untuk menguasai kerajaan lebih kompetitif. Contohnya, Parti Liberal Demokratik merupakan parti ketiga di United Kingdom pada dekad 1990-an. |
motor insurance | insurans motor | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kenderaan berenjin seperti: 1. Insurans komprehensif. 2. Liabiliti pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 3. Liabiliti pihak ketiga. 4. Kecederaan anggota atau kematian pihak ketiga. |
thrid party (fire and theft) insurance | insurans pihak ketiga (kebakaran dan kecurian) | insurans | Tiada | lih. pihak ketiga; kebakaran dan kecurian. |
third party insurance | insurans pihak ketiga | insurans | Tiada | Perlindungan yang diberikan kepada insured ke atas liabiliti akibat kecederaan anggota atau kerosakan harta pihak ketiga. |
third party only policy (automobile) | polisi pihak ketiga sahaja (automobil) | insurans | Tiada | Polisi yang amaun perlindungannya terhad untuk liabiliti insured akibat kecederaan anggota, kematian atau kerosakan harta pihak ketiga. |
center of consciousness | pusat kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Ciri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian. |
third party | pihak ketiga | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
subrogation clause | fasal subrogasi | insurans | Tiada | Fasal yang membenarkan insurer mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak ketiga yang bertanggungjawab menyebabkan sesuatu kerugian yang telah dibayar tuntutannya kepada insured, dengan menggunakan nama insured atau nama pemilik polisi. Salah satu tujuan fasal ini ialah untuk mengelakkan insured mendapat keuntungan daripada polisi insuransnya. Fasal ini juga mengelakkan insured dari membuat tuntutan kepada kedua-duanya iaitu, insurer dan pihak ketiga tersebut. |
third party liability | liabiliti pihak ketiga | insurans | Tiada | Liabiliti insured ke atas salah seorang yang bukan merupakan salah satu pihak dalam kontrak insurans. |