multigrade oil | minyak pelbagai gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang berkelikatan rendah ketika sejuk dan tinggi ketika panas berbanding minyak satu gred. Kelikatan minyak yang rendah diperlukan untuk memudahkan pengengkolan enjin, manakala kelikatan yang lebih tinggi diperlukan untuk A mengekalkan pelinciran yang baik kepada komponen dalaman enjin ketika beroperasi. Contoh piawaian penggredan minyak yang popular ialah piawaian gred kelikatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif Amerika Syarikat (SAE). Bagi minyak SAE 10W-30, kod 10W bermaksud berkelikatan maksimum 3500 cP ketika sejuk, iaitu pada suhu -25°C. Kod 30 pula bermaksud kelikatan pada suhu tinggi, iaitu pada 100°C dalam julat 9.3-12.5 cSt. Sinonim minyak pelbagai kelikatan Banding minyak satu gred. |
constant volume combustion | pembakaran isi padu malar | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembakaran yang berlaku pada isi padu malar. Proses ini berlaku dalam enjin petrol dan diesel ketika omboh berada di kedudukan takat terakhir atas. Pada ketika ini omboh berada dalam fasa pertukaran antara lejang mampatan dengan lejang kuasa dan isi padu kebuk pembakaran adalah malar ketika proses pembakaran berlaku. |
isokinetic contraction | penguncupan isokinetik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang melibatkan peningkatan ketegangan yang sama di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan isokinetik tidak berlaku secara semula jadi tetapi dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut. Contohnya, penguncupan isokinetik berlaku ketika fisioterapi atau ketika menggunakan peralatan khusus di gimnasium. |
money flow | aliran wang | Ekonomi | Tiada | Pergerakan perbelanjaan pengguna dalam pasaran wang wujud apabila isi rumah membayar kepada firma ketika membeli barang dan perkhidmatan yang dimiliki oleh firma, dan apabila firma membayar kepada isi rumah ketika membeli perkhidmatan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah. |
juvenilia | karya juvenil | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul �Upon the Death of Lord Hasting� (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul �Merungkai Deduksi� (1996) dan �Dilema� (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993). |
dead on arrival | mati ketika tiba | Sains Forensik | Tiada | Pesakit yang didapati sudah mati secara klinikal semasa ketibaan bantuan perubatan profesional, biasanya dalam bentuk responden pertama seperti juruteknik perubatan kecemasan, pengamal paramedik, atau polis. |
brought in dead (BID) | mati ketika dibawa | Kesihatan Awam | Tiada | Kematian yang berlaku di luar premis atau fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik. |
dysphonia | disfonia | Herba | Fitoterapi | Kesukaran ketika bertutur akibat terdapat masalah di bahagian mulut, lidah, tekak atau pita suara. |
melting point | takat lebur | Herba | Tiada | Suhu ketika suatu bahan pepejal mencair dan berada dalam keadaan keseimbangan dengan cecairnya pada tekanan piawai. Takat lebur digunakan untuk menentukan darjah ketulenan bahan mentah herba. Contohnya takat lebur minyak kelapa (23�C � 26�C, BP) dan lilin karnuba (80�C � 88�C, BP). |
dysuria | disuria | Herba | Fitoterapi | Kesakitan atau kesukaran ketika membuang air kecil. |