orientalism | faham ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat orientalisme/faham orientalis |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |
orientalsm | faham orientalis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat orientalisme/faham ketimuran. |
open ending | akhiran terbuka | Kesusasteraan | Tiada | Penutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka. |
concurrent power | kuasa serentak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan. |
orientalism | orientalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis. |