Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relative projection heightketinggian projeksi relatifSains SukanBiomekanikPerbezaan ketinggian projeksi dengan ketinggian mendarat.
ceilingsilingMeteorologiTiada1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara.
oblique trajectorytrajektori serongSains SukanBiomekanikTrajektori yang melibatkan ketinggian perlepasan dan ketinggian pendaratan yang sama dalam pergerakan projektil.
ceiling balloonbelon silingMeteorologiTiadaBelon kecil yang digunakan untuk menentukan ketinggian dasar awan. Ketinggian ini boleh dikira daripada halaju kenaikan belon dan masa yang diperlukan untuk belon itu masuk ke dalam awam.
height of tideketinggian pasang surutSains MarinTiadaJarak menegak di antara permukaan laut dengan carta datum. Jumlah kedalaman air didapati dengan menambah ketinggian air pasang dengan kedalaman laut. Contohnya, pada carta yang menunjukkan 6 m, ketinggian air yang rendah yang diramalkan ialah 1 m, maka kedalaman sebenar atas dasar laut pada air yang rendah ialah 7 m.
altimeteraltimeterSains MarinTiadaAlat yang digunakan untuk menentukan ketinggian suatu objek relatif terhadap aras tertentu. Umumnya terdapat dua jenis altimeter, iaitu altimeter tekanan yang menentukan ketinggian secara penghampiran berdasarkan pengukurantekanan dengan menggunakan taburan suhu piawai altimeter tekanan dan altimeter radio. Altimeter radio pula menentukan ketinggian dengan menggunakan teknik elektronik.
hypsometryhipsometriSains MarinTiadaIlmu pengukuran ketinggian dan kedalaman yang berkaitan dengan daratan dan aras laut. Alat yang digunakan untuk menganggarkan ketinggian tersebut dikenali sebagai hipsometer.
art epicepik seniKesusasteraanTiadaNaratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera.
fetchlingkupSains MarinTiadaKawasan laut atau permukaan tasik di kawasan angin bertiup pada halaju yang tetap yang menghasilkan pembentukan ombak dan peningkatan ketinggian sejajar dengan peningkatan lingkungan angin sehingga 1600 km maksimum. Ketinggian ombak tidak akan meningkat lagi selepas melepasi had jarak tersebut. Dalam jasad air yang tertutup, ia dikenali sebagai jarak antara titik minimum dan maksimum ketinggian permukaan air.
eaves heightketinggian cucur atapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas