Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini berbentuk tong panjang yang cembung. Dua muka kulit dram dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Dram diletakkan secara melintang di atas riba pemain dan dipukul dengan kedua-dua belah tangan. Kendhang terdapat dalam pelbagai saiz seperti ketipung bersaiz kecil dan ciblon bersaiz sederhana. Ciblon biasanya digunakan untuk mengiringi tarian. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan mempunyai hubung kait dengan alat gendang, katindiek dan dram lain di Indonesia dan Malaysia. Lihat juga gendang.
Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melodi asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iai
Thanks for clicking. That felt good.