Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.to.ko.han] | کتوکوهن

Definisi : perihal tokoh: Tuan Hess mempelajari roman dan perawakan serta ~ si Misai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.to.ko.han] | کتوکوهن

Definisi : keadaan atau sifat (sbg) tokoh: Dia terpilih menjadi pengawas kerana mempunyai ~ sbg pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketokohan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
personal legendslegenda peribadiKesusasteraanTiadaCerita tentang ketokohan seseorang yang mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh tokoh lain. Contoh: kekebalan Si Pitung yang hanya dapat dibunuh dengan peluru emas, Hang Jebat hanya mati di tangan Hang Tuah dengan keris Taming Sari.
heroic dramadrama wiraKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengangkat ketokohan seseorang perwira atau srikandi negara. Contohnya, drama Tun Fatimahkarya Shaharum Hussain.
special guesttetamu khasKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang diundang khusus oleh organisasi atau negara untuk menghadiri sesuatu acara atau sebagai tetamu kepada pemimpin tertentu negara. Taraf tetamu biasanya dijemput secara rasmi dan khas berdasarkan faktor berikut: (i) Kedudukan kepimpinan tetamu dan kepentingannya secara strategik kepada organisasi atau negara. (ii) Kepakaran dan pengaruh tetamu dalam sesuatu bidang atau pemikiran yang boleh membantu meningkatkan citra organisasi atau negara. (iii) Ketokohan dan kewibawaan tetamu yang boleh memberikan perakuan dan pengiktirafan mengenai sesuatu gagasan dan dasar organisasi atau negara. (iv) Landasan persahabatan antara organisasi atau negara melalui undangan ini akan mengekalkan hubungan dua hala antara organisasi atau negara. Sebagai tetamu khas, pihak yang diundang diberi layanan setimpal dengan status tetamu dan dibiayai sepenuhnya oleh organisasi atau negara. Sebarang acara yang dianjurkan dan melibatkan tetamu ini biasanya mendapat liputan media dan diuar-uarkan kepada khalayak sasaran organisasi atau negara.

Kembali ke atas