genotoxicity | ketoksikan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sifat agen kimia yang merosakkan maklumat genetik di dalam sel, yang menyebabkan mutasi dan boleh membawa kepada penyakit kanser. |
toxicity | ketoksikan | Perikanan | Akuakultur | Tahap keupayaan sesuatu bahan kimia atau campuran bahan kimia yang boleh membunuh serta memudaratkan ikan. |
acute toxicity | ketoksikan akut | Sains Kesihatan | Tiada | Pendedahan kepada bahan kimia yang memberi kesan buruk pada satu jangka masa pendek. |
nanovector | nanovektor | Fizik | Nanoteknologi | Vektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan. |
banned botanical | herba haram | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan atau ramuan herba yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam sebarang produk herba kerana mengandungi bahan fitokimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Contohnya, spesies Aristolochia mengandungi asid aristolokik yang menyebabkan ketoksikan ginjal. |
clinical expert report | laporan pakar klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar. |