Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن

Definisi : 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau mem­bengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bu.han] | کتومبوهن

Definisi : 1 tisu yg mem­besar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cornkematuHerbaFitoterapiKetumbuhan seperti bengkak kecil yang keras pada tapak tangan atau kaki.
carcinomakarsinomaKejururawatanTiadaKetumbuhan yang malignan yang mungkin berlaku di mana-mana bahagian tubuh.
benignbenignaHerbaPemiawaianBerkaitan dengan ketumbuhan atau tumor dalam tisu tubuh yang cenderung membesar, tetapi tidak memudaratkan atau mengakibatkan kematian. Contohnya, ekstrak terpiawai goniotalamin daripada pokok kenerak (Goniothalamus umbrosus) digunakan untuk merawat benigna pada peringkat awal. Banding malignan.
granulomagranulomaPerikananAkuakulturPerubahan patologi tisu ikan yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk sebagai tindak balas kepada jangkitan, keradangan, atau kehadiran bahan asing ke dalam sistem badan ikan. Pembentukan granuloma terhasil daripada pengumpulan dan penggandaan sel-sel makrofaj semasa ia membendung bahan asing seperti patogen bakteria, kulat dan cacing daripada merebak ke bahagian lain.
curettagepengikisan; kikisan (DUDUK); pengkuretanPerubatanTiada1. Operasi pembuangan ketumbuhan atau jasad-jasad asing daripada kulit atau dinding rongga.,2. Rawatan dengan menggunakan kuret, khasnya pada rongga uterus.
lymphocystislimfosistisPerikananAkuakulturSejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh virus daripada famili Iridoviridae. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda ketumbuhan pada sirip, badan dan operkulum.

Kembali ke atas