intrapreneuring | keusahawanan dalaman | Pentadbiran | Tiada | Keusahawanan yang dibentuk dalam syarikat semata-mata untuk meluaskan aktivitinya dengan mencari peluang baharu menggunaan sumber yang ada. |
entrepreneurship | keusahawanan | Geografi | Tiada | Tiada |
cyberpreneurship | keusahawanan siber | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
technopreneurship | keusahawanan teknologi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
entrepreneurial spirit | semangat keusahawanan | Psikologi | Tiada | Tiada |
corporatization | pengkorporatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. |
reinventing government | penciptaan semula kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu projek dalam pembaharuan pentadbiran yang membawa pendekatan baru yang lebih mengutamakan unsur-unsur keusahawanan, kecekapan dan keberkesanan. Konsep ini telah dikemukakan oleh David Osborne dan Ted Gaebler yang menekankan kepada pentadbiran kerajaan baru yang boleh diadaptasi dan kemudian mendapat sambutan dan kepercayaan rakyat. Kerajaan baru ini mestilah berupaya menjadi sebuah kerajaan yang berkualiti tinggi, dapat menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, memberikan lebih insentif berbanding arahan kepada pekerja, lebih peka kepada persekitaran dan yang lebih utama ialah membentuk sikap keusahawanan dalam pentadbiran. Konsep ini menolak model pentadbiran konvensional yang memberi penekanan kepada hierarki kerja. Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan baru ini adalah dengan memberikan kuasa kepada komuniti untuk menjalankan sesuatu program, berpandukan misi dan bukannya peraturan, menggalakkan persaingan dan bukannya monopoli, melaksanakan desentralisasi kuasa, mengurangk |
governmental agency | agensi kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang ditubuhkan untuk melaksanakan sesuatu tugas khas bagi melicinkan pelaksanaan projek atau dasar kerajaan. Agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan pembangunan sektor tertentu seperti pendidikan, perindustrian, perikanan, pemasaran, keusahawanan dan pertanian. Pada peringkat awal, semua tanggungjawab ini diuruskan oleh kementerian, namun agensi kerajaan ditubuhkan bagi menyokong tugas kementerian dalam pembangunan bidang tertentu sebagai strategi pembangunan khusus. Contohnya, MARA, LKIM, RISDA, FAMA dan PORLA. |
opportunity recognition skill | kemahiran mengenal pasti peluang | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan atau kemahiran asas yang penting bagi individu atau organisasi, dalam proses pembuatan keputusan dengan mengenal pasti peluang untuk mengembangkan potensi kejayaan individu atau organisasi. Kemahiran mengenal pasti peluang adalah amat penting dalam bidang keusahawanan kerana akan menjurus kepada keputusan perniagaan yang boleh memajukan usaha niaga bagi meningkatkan keuntungan. Contohnya, sebuah syarikat yang mampu mengenal pasti potensi pasaran dengan meninjau persekitaran pasaran, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengeluarkan produk baharu. |