national integrity | keutuhan bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ketahanan sesebuah negara yang dipelihara dengan baik. Ketahanan ini memberi imej yang positif dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Integriti tercapai apabila ekonominya maju, rakyat hidup bersatu, perkembangan politik yang stabil dan tidak menghadapi masalah dengan negara lain. Contohnya, Jerman selepas Perang Dunia Kedua memiliki integriti nasional yang baik dan mantap. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |
herbal stability | kestabilan herba | Herba | Tiada | Keadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi. |
preservation of herbal materials | pengawetan bahan herba | Herba | Tiada | Usaha untuk mengekalkan keutuhan komponen kimia semasa pengangkutan dan penyimpanan bahan herba, dan mengurangkan risiko pemerosotan bahan herba. Pengawetan bahan herba dilakukan secara pengeringan, penapaian atau pengekstrakan. |
stability test | ujian kestabilan | Herba | Tiada | Sebarang ujian yang menentukan kehadiran dan keutuhan keseluruhan bahan kimia dalam bahan mentah dan sediaan herba. Ujian ini dilakukan dengan membandingkan cap jari kromatogram atau spektrum dengan piawai. Penentuan dilaksanakan melalui kaedah sensori, spektrokopi, kromatogfrafi, assai dan lain-lain. |
postmodenism | pascamodenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang dilihat sebagai lanjutan daripada modenisme serta mencabar tradisi dan konvensi. Pancamodenisme dilihat sebagai pemisahan daripada modenisme, terutamanya dalam mempertikaikan keutuhan struktur karya modenisme secara lebih radikal. Contohnya, novel Merahnya Merah oleh Iwan Simatupang. Novel ini mempersoalkan realisme, kesatuan teks dan penyelesaian teks yang rapi. Aliran ini mula berpengaruh pada tahun 1960-an. Sejak itu, istilah ini mula digunakan untuk memerikan karya seni. Lihat juga metafiksyen, modenisme. |
vitamin A | vitamin A | Herba | Tiada | Retinol, C20H29OH. Sebatian alkohol berwarna kuning yang larut lemak dan tidak terlarut dalam air yang diperoleh daripada minyak hati dan karotenoid atau dihasilkan melalui sintesis. Vitamin A perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, keutuhan tisu epitelialum dan merupakan komponen pigmen untuk penglihatan. Vitamin ini juga diperlukan untuk mengekalkan ketahanan terhadap penyakit dan mengelakkan jangkitan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan xeroftalmia dan rabun malam. Contohnya, vitamin A dalam minyak ikan kod (Gadus morrhua), minyak kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan lidah buaya (Aloe vera). |
maceration | maserasi | Herba | Tiada | Proses pengekstrakan secara rendaman bahan herba dengan bahan pelarut akueus, organik atau minyak sayuran dalam bekas yang tertutup pada tempoh tertentu. Nisbah bahan herba dengan pelarut yang biasa digunakan ialah 1:5 atau 1:10. Terdapat empat teknik maserasi, iaitu maserasi ringkas, maserasi kinetik, maserasi ulang dan pencernaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tidak tahan haba bagi mengekalkan keutuhan komponen kimia. Sinonim pemaseratan. |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |