Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ji.pan] | کواجيڤن

Definisi : 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ji.pan] | کواجيڤن

Definisi : 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,

Peribahasa

Tumbuh pada alur sudah diturut;
     tumbuh pada jalan sudah ditempuh.

Bermaksud :

Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tenant's obligationkewajipan penyewaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
administrative lawundang-undang pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganUndang-undang yang berkaitan dengan kuasa, kewajipan dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran. Undang-undang ini merujuk kepada peraturan yang mesti diamalkan oleh badan pentadbiran sewaktu membuat keputusan. Undang-undang ini perlu untuk memastikan keputusan yang dibuat itu adil dan saksama. Contohnya, di Malaysia undang-undang pentadbiran termaktub dalam perlembagaan.

Kembali ke atas