Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.was.pa.da.an] | کوسڤاداءن

Definisi : perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita diperhebat lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.was.pa.da.an] | کوسڤاداءن

Definisi : sifat atau keadaan waspada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewaspadaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vigilancekewaspadaanPerubatanTiadaTiada
alertnesskewaspadaanPerubatanTiadaTiada
vigilancekewaspadaanKejuruteraanTiadaTiada
alertnesskewaspadaanPsikologiTiadaTiada
vigilancekewaspadaanPsikologiTiadaTiada
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
vigilancekewaspadaanPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga.
crime vigilantismkewaspadaan jenayahKriminologiKeadilan JenayahLangkah-langkah yang diambil oleh individu atau kumpulan secara sukarela tanpa kuasa undang-undang untuk mengelakkan atau mencegah jenayah daripada berlaku. Contohnya, penduduk di kawasan perumahan yang menubuhkan pasukan rondaan untuk menangani jenayah di kawasan tersebut.
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.
12

Kembali ke atas