dualism | dualisme | Ekonomi | Tiada | Kewujudan bersama di satu kawasan ekonomi dua keadaan atau fenomenon yang berlawanan dan saling terpisah daripada kumpulan masyarakat kawasan tersebut. Misalnya, kewujudan kemiskinan dan kemewahan, sektor moden dan sektor tradisional, dan kemajuan dan kemunduran. |
economic dualism | dualisme ekonomi | Ekonomi | Tiada | Kewujudan dua fenomenon ekonomi dalam sesebuah masyarakat yang jauh berbeza daripada kumpulan yang lain dalam masyarakat tersebut. Misalnya, kewujudan bersama ekonomi moden dan ekonomi tradisi, kekayaan dan kemiskinan. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang. |
Cooper pair | pasangan Cooper | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
glycosuria | glikosuria | Herba | Fitoterapi | Kewujudan gula di dalam urin. |
flatulence | kembung | Herba | Fitoterapi | Kewujudan angin atau gas yang berlebihan di dalam sistem pencernaan yang mengakibatkan ketegangan dan ketakselesaan di bahagian perut. |
apomorphy | apomorfi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kewujudan sifat dalam keturunan yang berbeza daripada leluhur sama paling terkini (MRCA). |
autapomorphy | autapomorfi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kewujudan sifat yang khusus untuk sesuatu takson. Contohnya, dalam kalangan primat, pertuturan ialah autapomorfi bagi manusia sahaja. |
plesiomorphy | plesiomorfi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kewujudan sifat yang sama dalam leluhur sesuatu takson tetapi tidak khusus bagi takson tersebut sahaja. Contohnya, tulang belakang yang bersegmen adalah sifat plesiomorfi bagi mamalia yang juga wujud dalam takson lain seperti ikan, reptilia, amfibia dan burung. |