Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ya.ki.nan] | کيقينن

Definisi : perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allahakan menjayakan cita-cita kita (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ya.ki.nan] | کيقينن

Definisi : kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keyakinan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parental efficacyefikasi keibubapaanKriminologiKeadilan JenayahKeyakinan ibu bapa tentang keupayaan atau kebolehan mereka untuk menguruskan tugas berkaitan dengan keibubapaan. Keyakinan ini termasuklah berkaitan dengan keupayaan ibu bapa mempengaruhi anak mereka dan persekitaran yang memberi kesan ke atas kemenjadian dan kejayaan anak tersebut.
egoegoKesusasteraanTiadaTanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme.
euphorianteuforienHerbaFitoterapiBahan yang menyebabkan rasa riang sehingga menghasilkan keyakinan yang tinggi.
metaphysical conceitkiasan metafizikaKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang muncul dalam pemikiran penyair yang berhubungan dengan fenomena dan citra yang tidak pasti kewujudannya. Keyakinan tentang kewujudannya hanya melalui akal fikiran yang rasional sahaja. Lazimnya kiasan metafizika ini kerap diselitkan dalam puisi Melayu yang mengungkapkan tema dan persoalan keagamaan.
reasonable assurancejaminan munasabahAuditTiadaKaedah pengauditan untuk mendapatkan pandangan yang munasabah bagi membolehkan juruaudit memberi pandangan terhadap perkara yang diaudit. Kaedah ini dapat memberikan tahap keyakinan yang tinggi kepada pengguna bahawa kenyataan palsu yang terkandung dalam penyata kewangan akan dapat dikesan.
Q testujian QKimiaKimia AnalisisSuatu ujian statistik yang digunakan untuk menentukan satu ukuran yang diragukan dalam satu set data, sama ada boleh disingkirkan atau tidak dengan aras keyakinan tertentu. Ia dilakukan dengan mengira nilai Q iaitu hasil bahagi perbezaan di antara ukuran yang diragukan itu dengan nilai terdekatnya terhadap julat set data itu dan membandingkan dengan nilai Q yang sepadan dalam jadual. Jika Q kiraan lebih besar atau sama Q jadual, mala ukuran yang diragukan dapat disingkirkan.
herbal quality assurancejaminan kualiti herbaHerbaTiadaProgram pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan.
dirgeIagu ratapKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya.

Kembali ke atas