Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.za.li.man] | کظاليمن

Definisi : perihal (keadaan) zalim, perbuatan yg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidak manusia sendiri mengadakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.za.li.man] | کظاليمن

Definisi : hal atau sifat zalim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zalim (adjektif)
Bersinonim dengan tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati;,
Kata Terbitan : menzalimi, kezaliman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tyrannykezalimanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang tidak menurut garis peraturan sama ada perlembagaan, undang-undang atau adat yang telah diterima. Pemerintahan jenis ini dikategorikan sebagai kejam dan dilakukan oleh pemerintah yang memiliki kuasa mutlak. Dalam pemerintahan ini, mahkamah dan dewan legislatif tidak berfungsi serta gagal memberi semakan dan imbangan kepada pemerintah. Contohnya, Iran di bawah Shah Iran Pahlavi dan Stalin di Soviet Union. Sinonim tirani.
tyrannytiraniSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kezaliman.
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
pathosbelas hibaKesusasteraanPuisiUnsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos.

Kembali ke atas