Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
e-newspapere-surat khabar-TiadaSurat khabar yang diterbitkan dalam versi elektronik.
newspaper policypolisi akhbarinsuransTiadaInsurans kesihatan terhad yang dijual oleh pihak surat khabar untuk mengembang atau mengekalkan peredarannya.
print mediamedia cetak-TiadaAlat komunikasi massa dalam bentuk bahan cetak, seperti buku, surat khabar dan majalah.
newsprintnewsprin-TiadaKertas cetak yang diperbuat daripada pulpa kayu dan biasanya digunakan untuk mencetak surat khabar.
electronic reader (e-reader)pembaca elektronik (e-pembaca)-TiadaPeranti elektronik yang direka khas untuk membaca e-buku, e-surat khabar dan e-majalah.
KindleKindle-TiadaPeranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain.
mastheadinulangan-Tiada1. Judul akhbar atau majalah yang dicetak di bahagian atas muka hadapan. 2. Senarai karyawan penting yang terlibat dalam penerbitan majalah atau surat khabar.
documentary dramadrama dokumentariKesusasteraanTiadaDrama yang bersifat propaganda dan didaktik. Isi atau bahan kandungannya ialah peristiwa sejarah yang baharu berlaku atau bukti dokumentari yang diperoleh daripada surat khabar, laporan, arkib, sejarah rasmi, diari dan jurnal. Drama dokumentari bermula di Jerman pada tahun 1960-an. Kemudian, kaedah dan gaya persembahan drama ini ditiru oleh dramatis Amerika dan dramatis negara lain. Namun bentuk drama ini mula merosot pada awal dekad 1970-an. Antara contoh drama dokumentari ialah The Deputy (1963) oleh Rolf Hochhuth. Contoh tempatan ialah drama bertajuk 1984 oleh Kee Thuan Chye.
smear campaignkempen kotorSains PolitikPolitik PerbandinganKempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka.
12

Kembali ke atas