Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special depositdeposit khasEkonomiTiadaTunai yang mesti disimpan di bank pusat kewangan sesebuah negara. Autoriti kewangan memerlukan deposit khas untuk mengurangkan pinjaman bank kepada pelanggan dengan cara mengurangkan kadar kecairan. Penggunaan deposit khas ini didapati sangat berkesan dalam mempengaruhi keupayaan bank meminjamkan wang kepada pelanggan kerana ia mempengaruhi nisbah tunai secara langsung. Deposit khas ini akan menerima faedah simpanan mengikut kadar faedah bagi bil perbendaharaan semasa.
bespoke surveytinjauan reka khas; tinjauan khususPerniagaanTiadaTinjauan yang dibuat atau direka bentuk khas untuk kumpulan individu atau jenis pelanggan tertentu.
custom-made surveytinjauan reka khas; tinjauan khususPerniagaanTiadaTinjauan yang dibuat atau direka bentuk khas untuk kumpulan individu atau jenis pelanggan tertentu.
P. parlourparlorKesenianHiasan DalamanBilik utama atau bangunan khas untuk meraikan tetamu dan sehingga pada abad ke-20, bilik ini dianggap sebagai ruang khas untuk menjamu tetamu. Parlor juga berfungsi sebagai tempat riadah dan istirahat, seperti lounge yang terdapat di hotel atau kelab. Selain itu, bilik atau bangunan ini juga dijadikan ruang perniagaan, seperti parlor kecantikan atau parlor pengurusan jenazah.
wild cardpeluang khasSukanTiadaPeluang untuk memasuki pertandingan sukan tanpa perlu mengambil bahagian dalam perlawanan kelayakan atau peringkat tertentu.
butlerpelayan tetamu khasPelanconganTiadaIndividu yang memberikan perkhidmatan peribadi kepada tetamu kenamaan di hotel mewah.
purpose-builtdibina khasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
special automobile policypolisi khas automobilinsuransTiadaPolisi automobil yang mempunyai had terhadap liabiliti kecederaan anggota dan kerosakan harta, serta satu had yang sepadan dengan bayaran perubatan. Polisi ini menyediakan perlindungan kurang daripada Polisi Automobil dan julat hadnya juga terhad dan premiumnya kurang. Walau bagaimanapun perlindungan kerosakan fizikal yang ditawarkan adalah lebih luas.
charter flightpenerbangan sewa khasPelanconganTiadaPenerbangan yang tidak berjadual untuk kegunaan eksklusif dan disewa dalam tempoh tertentu.
special propertyharta tanah khasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas