Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.tan] | ختن

Definisi : sunat (memotong kulup); berkhatan bersunat, bersuci, potong kulup: orang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi; mengkhatankan menyunati: biasanya di adakan kenduri apabila ~ anak; perkhatanan perbuatan (upacara) berkhatan atau bersunat; pengkhatanan perihal atau perbuatan mengkhatankan: begitu juga mengenai masalah ~ kanak-kanak perempuan yg sudah biasa dilakukan sbg kebiasaan dlm masyarakat Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.tan] | ختن

Definisi : ; berkhatan bersunat; bersuci; masuk jawi: Saya ~ ketika berumur sepuluh tahun. mengkhatankan memotong kulup; menyunatkan: Kenduri itu diadakan kerana upacara ~ anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foreskinkulit khatanPerubatanTiadaLipatan kulit yang nipis yang menyelaputi glans penis.
paraphimosisparafimosisPerubatanTiadaRetraksi kulit khatan yang mencerutkan dan seterusnya mengakibatkan pembengkakan glans. Keadaan ini menimbulkan rasa sakit dan jika berterusan boleh menyebabkan gangren kering pada bahagian berkenaan.

Kembali ke atas