equatorial current | arus khatulistiwa | Geografi | Tiada | Arus permukaan di lautan-lautan kawasan khatulistiwa. Terdapat tiga jenis arus khatulistiwa iaitu arus khatulistiwa utara yang mengalir ke barat pada hemisfera utara, arus khatulistiwa selatan dan arus songsang khatulistiwa. |
equatorial vortex | vorteks khatulistiwa | Sains | Hidrometeorologi | Edaran bersiklon tertutup di dalam palung khatulistiwa; ia berkembang daripada gelombang khatulistiwa. Ada beberapa vorteks khatulistiwa yang mengamat menjadi siklon tropika. |
equatorial counter current | arus songsang khatulistiwa | Geografi | Tiada | Sejenis arus khatulistiwa yang mengalir ke timur terletak di antara arus khatulistiwa utara dan arus khatulistiwa selatan. |
equatorial trough | palung khatulistiwa | Sains | Hidrometeorologi | Palung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas. |
geomagnetic equator | khatulistiwa geomagnet | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lingkaran besar pada permukaan bumi, yang setiap titik pada lingkaran tersebut sama jaraknya dari kutub geomagnet. Khatulistiwa geomagnet merupakan khatulistiwa dalam sistem koordinat geomagnet. |
equatorial trough | palung khatulistiwa | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Palung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas. |
hyetal equator | khatulistiwa hietal | Sains | Hidrometeorologi | Garis (atau zon peralihan) yang mengelilingi bumi dan terletak di antara dua jalur yang mencirikan taburan masa tahunan hujan di latitud rendah setiap hemisfera; ia dianggap sejenis khatulistiwa meteorologi. Ia terletak sedikit ke utara khatulistiwa geografi dan menganjur paling utara pada kira-kira latitud 10oU berhampiran muara Sungai Orinoco di Amerika Selatan. Khatulistiwa hietal terletak lebih kurang di tengah-tengah jalur hutan tropika yang mempunyai dua musim hujan dan umumnya satu musim kering utama yang berlaku dalam musim sejuk hemisfera yang bersepadanan. |
parametric latitude | latitud parametri | Matematik | Tiada | Sudut pada pusat sfera yang tangen dengan sferoid di sepanjang khatulistiwa geodesi, di antara satah khatulistiwa dengan jejari bagi titik persilangan garis lurus yang serenjang dengan satah khatulistiwa pada sfera tersebut. Reduced latitude. |
equatorial | khatulistiwa | Kimia | Tiada | Terletak atau berlaku pada satah khatulistiwa. |
equatorial type | jenis khatulistiwa | Geografi | Tiada | Perihal jenis iklim khatulistiwa. |