catering service | khidmat sajian/ khidmat katering | Umum | Tiada | Tiada |
Merchant Bank | Bank Saudagar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bank yang berperanan sebagai penjamin dan pemberi khidmat nasihat kepada pengeluar sekuriti dan pelabur dalam bidang pasaran wang dan modal serta kepada pemegang derivatif ekuiti seperti hak langganan boleh pindah, opsyen stok dan waran stok. Bank ini juga menawarkan khidmat-khidmat tersebut kepada pengeluar dan pelabur yang menggunakan instrumen sekuriti Islam. |
application service provider (ASP) | pembekal khidmat aplikasi (ASP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pembekal khidmat Internet(ISP) yang menawarkan khidmat dalam bentuk khas dari segi pengehosan aplikasi perisian yang disewa kepada pelanggan. Pembekal khidmat aplikasi merupakan syarikat yang membekal aplikasi atau perkhidmatan yang mengedarkannya ke seluruh rangkaian untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat lain yang ingin menjimatkan kos mendapatkan perkhidmatan pembekal khidmat aplikasi. |
CSU/DSU (channel service unit/data service unit) | CSU/DSU (unit khidmat saluran/unit khidmat data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti yang menukar bingkai data digital daripada LAN ke bingkai yang sesuai seperti WAN dan sebaliknya. |
repair | baiki; sulam | Kejuruteraan | Tiada | Baiki: Memulihkan sesuatu daripada keadaan tak boleh khidmat kepada keadaan boleh khidmat melalui penggantian bahagian, komponen atau pasangan. |
national service | khidmat negara | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Latihan pelbagai program seperti bina semangat, daya tahan, kemahiran penggunaan senjata dan sebagainya yang diberikan kepada golongan muda sebagai persediaan negara daripada sebarang ancaman keselamatan. Latihan khidmat negara ini biasanya disediakan oleh negara yang tidak mempunyai bilangan tentera yang mencukupi dan dengan itu memerlukan bantuan golongan muda secara simpanan. Ia dilaksanakan dalam jangka masa yang sederhana panjang, antara beberapa bulan di tempat atau kem latihan yang disediakan. Di Malaysia, khidmat negara ini dilaksanakan di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menumpukan kepada pembinaan negara bangsa, motivasi dan kemantapan akhlak. |
outsourcing | khidmat luaran | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi menggunakan khidmat pembekal untuk memproses data bagi sistem maklumatnya. |
umbilical | tali khidmat | Aeroangkasa | Tiada | 1. Tali khidmat: Talian untuk menyampaikan bekalan daripada kompleks pelancar kepada pesawat sebelum pelancaran atau daripada pesawat kepada angkasawan yang berada di angkasa. |
meteorological service | khidmat meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Khidmat untuk membekalkan maklumat meteorologi untuk meningkatkan keselamatan, dan keberkesanan pengangkutan darat, laut, dan udara; serta keberkesanan aktiviti yang berkaitan dengan sumber seperti air, dan pertanian. |
predesign service | khidmat prareka bentuk | Landskap | Tiada | Khidmat yang diberi oleh pereka bentuk sebelum kerja mereka bentuk dilakukan. Contohnya, penyediaan skop kerja. |