Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khin.zir] | خنزير

Definisi : Ar babi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khinzir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bacondendeng khinzirSains KesihatanTiadaDaging khinzir yang disalai dan dihiris nipis.
5% based measurementukur rujuk 5 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 5% daripada aktiviti yang haram. Aktiviti haram adalah seperti riba, judi, minuman keras dan perniagaan khinzir daripada keseluruhan aktiviti perniagaan syarikat. Sekiranya aktiviti tersebut melebihi lima peratus daripada keseluruhan perniagaan syarikat, maka syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Hal ini bermakna, jika aktiviti yang haram kurang daripada 5%, syarikat masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah kerana unsur yang haram tersebut dianggap sangat kecil dan dimaafkan dalam syariah. Oleh itu, kewujudannya tidak menjejaskan perkara halal yang lebih utama.
weaningpenyapihanVeterinarTiadaProses memisahkan anak ternakan daripada ibunya yang bertujuan untuk diurus secara berasingan. Biasanya, umur anak ternakan yang disapih bergantung pada jenis ternakan. Contohnya, bagi anak lembu pedaging akan disapih pada umur enam bulan, anak kambing dan biri-biri disapih pada umur tiga bulan manakala anak khinzir pula disapih pada umur tiga minggu. Bagi ternakan ruminan baka tenusu, anak ternakan tersebut akan disapih pada umur seminggu kerana susu ibunya diperah untuk tujuan komersial. Anak ternakan yang disapih juga diberi makanan konsentrat atau rumput yang bersesuaian dengan umurnya. Lihat juga sapih awal.
bone industryindustri alat tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tulang untuk dijadikan senjata dan perhiasan. Alat ini terdiri daripada anak panah, tombak, sudip, sudu, pisau, pencungkil tanah, jarum, manik, kalung, gelang dan sebagainya. Cara penghasilan alat ini adalah dengan menebuk pada bahagian tulang atau dibilah sebahagian daripada tulang tersebut. Kebanyakan alat ini dijumpai pada Zaman Neolitik. Antara tulang yang kerap digunakan terdiri daripada tulang ikan, monyet, khinzir dan rusa.

Kembali ke atas