Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lat] | کيلت

Definisi : 1. cahaya yg memancar di langit (biasa­nya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepan­tasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluar­kan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadi­kan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lat] | کيلت

Definisi : ; ~ bahu kelat bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lat] | کيلت

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jangkar paya, Icicaster planchoni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lat] | کيلت

Definisi : 1 cahaya yg kelihatan memancar di langit sebelum guruh berbunyi: ~ sabung-menyabung di langit. 2 cahaya yg keluar dr sesuatu yg berkilau: ~ kasut. berkilat mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. mengilatkan menggosok sesuatu supaya berkilat; menggilapkan: Kita hendaklah membersihkan atau ~ kasut kita sendiri. kilatan cahaya yg berkilat: ~ api cetusan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilat

Puisi
 

Orang menjaring kilat menyolak,
     Dapat seekor ikan puput;
Orang biring saya jalak,
     Tuan saya jangan diikut.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kilat beliung sudah di kaki,
     kilat pisau sudah ke tangan,
kilat cermin sudah ke muka.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flash pointtitik kilatKejuruteraan AutomotifEnjinSuhu terendah yang menyebabkan suatu cecair boleh mem- bentuk campuran yang boleh terbakar di permukaannya. Titik kilat digunakan sebagai ukuran kebolehbakaran suatu bahan api cecair yang mempengaruhi operasi sesebuah enjin, mudah di- cucuh, kadar perambatan nyala selepas dicucuh dan kesukaran memadamkannya. Contohnya, petrol mempunyai titik kilat - 60°C sementara etilina glikol mempunyai titik kilat 111°C. Bagi diesel, titik kilat ditentukan mengikut piawaian sesebuah negara. Contohnya, Negara Kesatuan Eropah menentukan titik kilatnya pada suhu minimum 55°C.
USB flash drivepemacu kilat USBTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPeranti storan data yang mengandungi ingatan kilat antara muka USB bersepadu. Peranti ini digunakan sebagai storan dan sandaran data, serta pindahan data daripada fail komputer ke komputer yang lain. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.
carminapantun kilatKesusasteraanPuisiLihat pantun dua kerat.
dip paintingcat kilatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengecatan menggunakan bahan pengilat.
flash salejualan kilatPerniagaanTiadaAktiviti jualan yang menawarkan harga murah dalam tempoh masa yang singkat.
lightning clausefasal kilatinsuransTiadaFasal yang melindungi kerosakan langsung disebabkan oleh petir walaupun tidak berlaku kebakaran.
glossy paperkertas kilat-TiadaKertas yang dilapisi filem nipis dan memantulkan cahaya. Banding matte paper.
fire insuranceinsurans kebakaraninsuransTiadaKontrak yang memberikan perlindungan kepada kerugian secara langsung akibat kebakaran, kilat dan peril lain yang ditakrifkan.
global warmingpemanasan globalPelanconganTiadaPeningkatan suhu dunia disebabkan oleh proses pembangunan yang tidak terancang dan mengakibatkan bencana alam, seperti banjir kilat, dan kepupusan spesies flora dan fauna.
invectiveserapahKesusasteraanPuisiKata-kata kasar atau kesat yang penggunaannya sangat berkaitan dengan tujuan sesuatu amanat atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Contohnya, serapah ini jelas pada puisi "serapah Mcngalin" di bawah. Sinonim seranah. Assalamualaikum, bisa dibayang Bisa jangan bersenang lagi, Bisa jangan bernaung lagi, Bisa jangan olang-olitan, Bisa dipuput bayu lalu , Bisa dipuput mambang kuning, Mati disambar kilat tanglung, Mati disambar kilat senja, Mati dipanah halilintar, Mati ditimpa hujan lebat. Mati ditunda undang-undang, Mati diampun air bah, Mati dialun tepung pelunas. Kabul bcrkat la-il aha-il -lallah.
12

Kembali ke atas