Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini; masa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,

Puisi
 

Dari dulu cermin cina,
     Kini sekarang patah kakinya;
Dari dulu abang punya,
     Kini sekarang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
present valuenilai kiniPentadbiranTiadaNilai kini bagi wang yang diterima atau dibayar pada masa hadapan.
current numbernombor kiniPerpustakaanTiada1. Nombor kini: Nombor keluaran dan tarikh terbaru sesebuah terbitan berkala yang terkini diterbitkan.
historic presentkala kini sejarahKesusasteraanTiadaMenggunakan 'kala kini' untuk peristiwa masa lalu.
cross hair cursorpenanda kini rambut silangKejuruteraanTiadaPenanda kini yang berbentuk suatu garis mengufuk yang menyilang suatu garis tegak, biasanya untuk menunjukkan titik pada paparan yang koordinatnya dikehendaki.
orderly close-downtutup terus tertibKejuruteraanTiadaMemberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula.
present value interest factorfaktor bunga nilai kiniPentadbiranTiadaPendarab yang dikalikan dengan satu nilai hadapan bagi mendapatkan nilai kini.
prospective reserve formularumus rizab prospektifPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah yang menetapkan bahawa polisi insurans hayat ialah perbezaan di antara nilai kini faedah masa hadapan dengan nilai kini premium bersih masa hadapan.
dollar-weighted returnpulangan wajaran-dolarPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pengukuran prestasi suatu portfolio dalam satu tempoh tertentu yang merupakan kadar diskaun yang menyamakan nilai kini aliran tunai masuk dengan nilai kini aliran tunai keluar.
real-time animationanimasi waktu nyataTeknologi MaklumatTiadaKaedah animasi komputer untuk membolehkan imej pada skrin dikemas kini pada kadar kelajuan yang sama dengan objek sebenar bergerak pada dunia nyata. Misalnya permainan video jenis-arked yang tindakan dan kelajuan dikawal oleh pengguna dan komputer sentiasa mengemas kini kelajuan animasi komputer mengikut arahan dan/atau pergerakan pengguna.
bra-kinibikini coliKesenianTiada.
12345678910...

Kembali ke atas