Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kios] | کيوس

Definisi : pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, dll: buku-buku dan majalah-majalah dapat dibeli di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kios


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kiosk information systemsistem maklumat kiosTeknologi MaklumatPerisianSistem maklumat yang digunakan untuk menyokong fungsi kios elektronik seperti memberi maklumat pelancongan, menambah nilai kad atau membuat pembayaran bil. Sistem maklumat kios biasanya mempunyai pangkalan data untuk menyimpan data setempat. Terdapat juga kios yang menyediakan capaian Internet. Sistem maklumat jenis ini juga menerima input dari pelbagai sumber seperti kekunci maya atau sentuhan skrin.
kioskkiosKomunikasiKorporatRuang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan.
electronic kioskkios elektronik/pondok maklumatUmumTiadaTiada
drinking kioskkios minumanLandskapTiadaTempat orang ramai membeli minuman dan minuman ringan di taman.
photo kioskkios fotoFotografiTiadaTiada
cheque deposit kioskkios deposit cekPerbankanTiadaSebuah mesin khas yang menerima cek daripada pelanggan untuk menjelaskan wang dalam akaun bank mereka
kiosk gardentaman kiosLandskapTiadaKawasan berlandskap yang direka bentuk di sekitar gerai dengan mengambil kira lokasi, bentuk dan kegunaan gerai tersebut.
information kioskpondok maklumat/ kios maklumatTeknologi MaklumatTiadaTiada
elctronic kioskpondok elektronik/ kios elektronikUmumTiadaTiada
total reflux rationisbah refluks totalKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah refluks yang ditetapkan bagi operasi penyulingan untuk menghasilkan pemisahan komponen mengikut penentuan hasil. Keadaan ini akan menyebabkan keperluan bilangan plat di dalam turus mencapai bilangan paling minimum bagi mendapatkan hasil seperti yang ditetapkan. Dari segi kios keseluruhan, keadaan ini akan menghasilkan kos modal yang minimum tetapi kos pengendalian yang tinggi.
12

Kembali ke atas